Saturday, March 31, 2012

Thanx for coming sisters!!!

Yeay.. tadi businesswoman Cake Mee and hubby Scott and artist Sha datang melawat baby Aryana Qaisara...
Thanx for coming.. Really appreciate it and so happy.. And also thanx for the gifts...
Dah lama tak jumpa diaorang especially Sha.. Still the same.. Hehe cuma sekarang nie dia busy shooting... Dapat gak gossip2 and catching up.. Tapi tak cukup gang sebab Eda tak dapat datang.. Hmmm.. Bila lah dapat berkumpul semua 4 orang?? I miss Eda...

Sunday, March 25, 2012

The day.... Another memorable experience

Salam.. Start je bulan March, me and hubby selalu cakap dengan baby dalam perut..., 'baby..baby.. nak keluar tunggu papa free yer'.. Alhamdulillah baby dengar apa yang kitaorang cakap... On 20th March, dalam pukul 1 lebih pagi, hubby baru balik dari meeting... and rest sekejap and nak start buat kerja... Then tetiba I baru nak baring balik and terasa air keluar... Masa tu pukul 3.30am..Terus berlari ke toilet and rupa2nya air ketuban pecah... Kali nie taklah secuak dulu sebab dah ada experience...
Then my sister and mom bangun.. 

So, hubby terus ambil my bag and baby's bag and bawa I pergi Hospital Putrajaya ... And my air ketuban still lagi mengalir.. So, kena lapik kerusi kereta..
Sampai kat hospital dalam pukul 4 lebih.. Check2 baru buka 2cm.. So kena admit kat wad... Dapat bilik 2 orang.. Kesian hubby letih sebab belum rest... And he terpaksa tidur atas kerusi while waiting..
Pukul 10.30am Dr. Hazim datang check.. Disebabkan Dr. Hamidah still cuti, so Dr. Hazim yang ganti.. Tak de doctor perempuan lain da.. Lagi pun last check up Dr. Hazim yang check I..
Masa Doctor datang check, still 2cm and I tak rasa sangat contraction.. So, Doctor bagi ubat untuk I menguatkan contraction...sebab doctor kata dia tak mahu I tunggu lama sangat untuk deliver sebab if air ketuban dah pecah.. Kena deliver within 24hours sebab takut ada infection kat baby ...

Dalam pukul 11.30 am.. Dah terasa contraction selang 5 minutes... Tu belum rasa sakit sangat.. Sempat la lunch... Hehehe.. Then pukul 1 lebih, dah start contraction 2 minutes.. Ibu and ayah datang melawat I and Ada bawa lunch for hubby.. I sempat lah rasa rendang kancil yang Ibu masak...
Disebabkan waktu melawat sampai pukul 2pm, Ibu and ayah turun and pergi makan.. 

Pukul 2 lebih dah terasa sangat sakit... Hubby tidur pun tak lena.. Sebelum tu nurse ada pesan, if dah tak tahan sangat, terus panggil nurse and nurse akan panggil doctor...disebabkan dah tak tahan sangat, terus hubby panggil nurse.. Then I tunggu doctor sampai..Mak aiii lamanya Dr. Hazim nak sampai.. I memang dah tak tahan.. Dah terasa nak terberanak dah.. Then, doctor lain check.. Oh no dah 8cm.. Terus kelam kabut nurse..nak bawa I pergi labour room..Ya Allah masa tu memang tak tahan... Dah la jauh nak ke labour room.. Sampai labour room kena tunggu lagi sebab nurse and doctor nak prepare but I dah menjerit 'saya dah tak leh tunggu.. Dah tak tahan.. Baby dah nak keluar'.. Nurse kata 'sabar..sabar'... Haish.. Memang nurse kena jerit.. Then Doctor check, dah fully buka... Hubby dah berdiri kat sebelah sambil pegang I and I tarik baju dia.. Kesian hubby...
Alhamdulillah 2 kali push terus baby girl ku keluar tepat pukul 3.48pm... Sangat happy.. Baby selamat dilahirkan and hubby ada sepanjang masa dari air ketuban pecah till selamat melahirkan.. Hubby tengok setiap proses secara live... Thanx hubby...

Pukul 6 lebih baru dapat masuk wad.. My sister, my mom, ayah, ibu, brother-in-laws and sister-in-laws semua dah tunggu kat wad.. And tetiba I ditukar kan ke wad bilik seorang.. Yeay!!! Barulah hubby selesa sikit...

Saturday, March 24, 2012

Alhamdulillah syukur...

Alhamdulillah syukur... Saya selamat melahirkan seorang baby girl pada hari Selasa 20 Mac 2012 jam 3.48pm di Hospital Putrajaya... Baby seberat 3.08kg dilahirkan secara normal...

Tuesday, March 13, 2012

7th pregnancy check up

Salam.. Supposedly my appointment is on 15th March (Thursday) tapi hubby ada job on that day.. So, semalam niat nak call hospital untuk tukar appointment .. Belum sempat call, pihak hospital dah call kata tukar appointment today at 2pm and jumpa Dr. Hazim sebab Dr. Hamidah dah start cuti till 27th March... Arghh.. Lamanya Doctor ni cuti...
So, today appointment tak ada lah tunggu lama sangat sebab doctor lain kan... Alhamdulillah progress baby ok... Membesar seperti yang sepatutnya.. I je yang membesar seperti tak sepatutnya.. Hahaha..hopefully after bersalin boleh kurus and turun weight sepatutnya...
Doctor bagi appointment another 2 weeks.. So, if in 2 weeks time ada tanda2 nak bersalin, terus pergi wad bersalin... Ya Allah permudahkanlahku untuk bersalin, semoga semuanya selamat and semoga hubbyku berada disampingku di labour room.. Amin...

Thursday, March 8, 2012

Happy 3rd Wedding Anniversary

Hari ni genap 3 tahun wedding me and hubby... and tahun ni genap 12 tahun kami bercinta... Huhuhu.. Lamanya.. Alhamdulillah...
Hari ni keluar dating bersama and Darling ditinggalkan dengan Nendanya... Hehehe.. Dating kali ni bukan macam zaman bercinta dulu... Jalan2.. makan2... tengok wayang yer.. Ni lebih kepada membeli barang2 especially for new baby..
Kitaorang pergi One Utama.. Tak ada lah banyak sangat barang yang perlu dibeli sebab baju2 newborn and some other things recycle pakai barang Darling sebab elok lagi walaupun hati ni sangat geram tengok baju2 pink... Sabar Munirah.. Sabar.. Bila baby dah besar sikit baru kena shopping baju baby girl.. Hikhikhik...
Kitaorang decided lunch kat Dave's Deli sebab dah lama hubby tak makan kat situ.. Then baru pergi Jusco beli barang... Adui penat jugak berjalan dari New Wing ke Old Wing ke New Wing balik.. Ni la akibatnya bila tak ada parking kat Old Wing.. Haishh exercise betul..
Then, after settle beli barang, terus ikut hubby pergi Rawang untuk meeting dengan penulis novel Rosmizah (SR Publication) sempena launching her book next month...
Sampai rumah pukul 8pm and I'm really..really tired....

p/s: Dear hubby, Happy 3rd Wedding Anniversary.. Thank you so much for all that you have done for me... I love you so much and semoga kita berbahagia sehingga akhir hayat.. Amin...

Thursday, March 1, 2012

6th pregnancy check up

Hari nie appointment check up at 12pm.. Sampai kat hospital as usual not on time... Hahaha.. Hari nie pergi hospital terus dari kampung. Malam tadi tidur kat kampung... As usual kena tunggu turn a few hours... Alhamdulillah progress baby ok.. Now I'm 36 weeks.. Wow.. Dah tak lama dah nie...
Settle appointment and bayar bil pukul 3 lebih.. Ish kaunter bil pun lama betul tunggu turn... Ada 3 kaunter tapi yang bukanya 1 je.. Kesabaran tahap maksimum betul... Lepas settle semua, baru pergi makan lunch... Then ikut hubby pergi discuss projek with his friend kat Taman Warisan Pertanian..
After that, terus balik Shah Alam sebab hubby ada another meeting....